Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Demam babi Afrika, satu bencana – Stephen Rundi

KUCHING, 9 Mac: Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menyifatkan demam babi Afrika (ASF) sebagai bencana.

Beliau berkata, antara langkah yang perlu diambil bagi membendung penularannya, kerajaan Sarawak telah mengerahkan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Sarawak ke lapangan bagi melupuskan ternakan yang telah dijangkiti.

Ini bagi memastikan tiada berlaku sebarang jangkitan berlaku di ladang-ladang lain.

“Mana-mana babi yang telah dijangkiti kita akan melakukan pelupusan, Veterinar Sarawak akan cuba melakukan yang terbaik untuk melindungi perkara ini daripada berlaku pada masa hadapan,” kata Stephen lagi.

Beliau memberi jaminan bahawa kawasan penternakan babi yang bertempat dI Pasir Puteh, Simunjan untuk melindungi daripada jangkitan virus tersebut.

Sementara itu, pihak kerajaan juga sedang mengkaji prosedur operasi standard (SOP) untuk mengatasi wabak ASF termasuk proses pelupusan bangkai babi tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan