Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abdul Karim positif COVID-19

ByElani Rosllan

KUCHING, 9 Mac: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19.

Abdul Karim berkata, beliau disahkan positif sejak Isnin lepas.

“Saya hanya mengalami gejala ringan iaitu selesema dan sakit tekak,” katanya ketika dihubungi TVS sebentar tadi.

Abdul Karim berkata, hari ketiga menjalani kuarantin, beliau sebenarnya tidak sabar untuk kembali bertugas di pejabatnya dan menghadiri pelbagai program lain.

Semalam, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Pejabat Premier Sarawak menerusi kenyataan media memaklumkan, Abang Johari juga mengalami gejala ringan dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan