Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia Thailand
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha (kanan) pada Majlis Sambutan Rasmi Lawatan Perdana Menteri di Government House hari ini. Ismail Sabri melakukan lawatan rasmi ke Bangkok bermula 24 hingga 26 Februari 2022. Foto: Bernama

Malaysia dan Thailand sasar perdagangan dua hala RM126 bilion menjelang 2025

BANGKOK, 25 Feb : Malaysia dan Thailand komited untuk terus bekerjasama rapat bagi mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak US$30 billion (RM126 bilion) menjelang 2025 sebagai usaha untuk memulihkan ekonomi kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini dalam lawatan rasmi ke Thailand berkata beliau dan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berharap Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama (Joint Trade Committee – JTC) di peringkat menteri yang ketiga dapat diadakan secepat mungkin.

“Kami juga bersetuju untuk meneroka peluang pelaburan baharu di kedua-dua pihak. Pelabur Thailand boleh meneroka sektor pelaburan baharu di Malaysia seperti ekonomi digital, ekonomi hijau dan ekonomi circular manakala pelabur Malaysia boleh menceburi Model Ekonomi Bio-Circular-Green (BCG) dan sektor baharu lain seperti penyelidikan dan pembangunan vaksin, electrik and kenderaan pintar, automasi dan robotik di Thailand,” katanya pada sidang media bersama di Rumah Kerajaan (Government House) di sini.

Thailand kekal sebagai rakan dagang keenam terbesar bagi Malaysia di dunia dan kedua terbesar di dalam ASEAN manakala Malaysia kekal sebagai rakan dagang keempat terbesar bagi Thailand di dunia.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand mencatatkan peningkatan positif sebanyak 23 peratus dengan jumlah perdagangan bernilai RM97.97 bilion berbanding RM79.63 bilion bagi tahun 2020.

Ismail Sabri berkata beliau dan Prayuth juga mengulangi komitmen untuk meningkatkan kerjasama Malaysia dan Thailand di bawah kerangka Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) terutamanya, melalui pelaksanaan Projek Kesalinghubungan Fizikal (PCP) dan kepentingan kerjasama dalam Pertanian dan Industri Asas Tani, Pelancongan serta Produk dan Perkhidmatan Halal bagi merealisasikan Wawasan IMT-GT 2036. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan