Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19
Marion Biotech iaitu syarikat farmaseutikal di India memaklumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran ubat batuk susulan kematian 18 kanak-kanak di Uzbekistan.

Wanita 25 tahun korban baharu COVID-19 di Kuching

KUCHING, 25 Feb : Sarawak hari ini melaporkan satu kematian baharu akibat jangkitan COVID-19.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, korban terbaharu itu melibatkan seorang wanita berumur 25 tahun di Kuching yang mempunyai latar belakang penyakit kronik jantung.

Sementara itu, Sarawak turut mencatatkan kes tertinggi pada tahun ini apabila sebanyak 460 kes jangkitan baharu direkodkan dengan 451 kes merupakan kategori satu dan dua.

“Sembilan kes dalam kategori tiga dan empat yang mana tiga pesakit mempunyai sejarah penyakit kronik jangkitan paru-paru dan dua kes yang memerlukan bantuan oksigen,” jelas JPBN.

Berdasarkan pecahan kes COVID-19 baharu mengikut daerah, Kuching merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 177 kes, diikuti dengan Miri (97) Sibu (88 kes) dan Kapit dan Bintulu masing – masing dengan 26 kes.

Dalam pada itu, 20 daerah lain tidak merekodkan sebarang kes baharu selain terdapat tiga kluster yang masih aktif.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan