Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sila atasi pencemaran bau akibat operasi musnah babi - King Sing
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Seri Tiong King Sing berkata berdasarkan aduan yang diterimanya, penduduk di sekitar kawasan ladang itu mendakwa tiada tindakan susulan dibuat pihak yang berkaitan, selepas pencemaran bau itu dilaporkan dan ini telah menjejaskan kehidupan seharian mereka. Foto: Bernama

Sila atasi pencemaran bau akibat operasi musnah babi – King Sing

SIBU, 25 Feb : Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak diminta untuk menangani masalah bau busuk, yang timbul susulan operasi memusnah dan menanam babi yang dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF), di sebuah ladang di KM 27 Jalan Oya di sini minggu lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Seri Tiong King Sing berkata berdasarkan aduan yang diterimanya, penduduk di sekitar kawasan ladang itu mendakwa tiada tindakan susulan dibuat pihak yang berkaitan, selepas pencemaran bau itu dilaporkan dan ini telah menjejaskan kehidupan seharian mereka.

“Sepatutnya urusan menanam bangkai babi oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak berjalan dengan baik, kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut tetapi bagaimana isu pencemaran bau busuk ini boleh berlaku?” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum melaksanakan operasi menghapuskan babi ini dan akan hanya menyebabkan pembaziran, jika pihak yang terlibat tidak dapat melaksanakan skop kerja ini dengan cekap dan teliti.

Ladang itu merupakan salah satu daripada dua ladang babi di sini yang terkesan akibat wabak tersebut dan kira-kira 1,400 ekor haiwan itu yang dijangkiti ASF telah dimusnahkan minggu lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan