Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selamat tinggal Sarawak United. Foto: Sarawak United FC

Selamat tinggal Sarawak United – Elavarasan

ByFirdaus Ismail

Kredit gambar Facebook Sarawak United FC

KUCHING, 25 Feb : Melepaskan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Sarawak United FC , E. Elavarasan menyampaikan ‘ucapan perpisahan ‘ dan ‘tabik hormat’ yang istimewa kepada barisan pemain, pengurusan serta penyokong skuad Kenyalang Emas.

Elavarasan yang akan menyumbang bakti sebagai Penolong Ketua Jurulatih Harimau Malaya berkata, barisan pemain Sarawak United telah memberikan komitmen yang tinggi kepada pasukan sehingga meraih kejayaan yang boleh dibanggakan pada saingan musim lepas.

” Semoga usaha dan komitmen ini dapat diteruskan dan seterusnya akan berjaya pada saingan Liga Super musim ini,” katanya.

Ketua Jurulatih Kebangsaan yang baharu, Kim Pan Gon sebelum ini menjelaskan, pemilihan jurulatih berusia 60 tahun kelahiran Selangor itu menepati kriteria utama yang dikehendakinya iaitu seorang yang berpengalaman luas dengan senario bola sepak Malaysia dan cukup mengenali pemain-pemain yang sedang beraksi dalam kancah Liga Super dan Liga Premier.

Pada tahun lepas, Elavarasan berjaya membawa Sarawak United muncul naib juara Liga Premier dan seterusnya layak beraksi pada Liga Super musim ini selain mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Berkongsi saat bersama pasukan itu, Elavarasan berkata, keputusan untuk ‘meninggalkan’ Sarawak United bukan sesuatu yang mudah.

” Saya akui amat berat hati (untuk tinggalkan pasukan) selepas dua tahun berkhidmat di sini.

Bagaimanapun setelah berbincang dengan Presiden SUFC, Datuk Posa Majais, beliau merestui pemergian saya ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara persetujuan bersama,” katanya.

Sementara itu, Elavarasan berkata, beliau turut meminta agar peminat Sarawak United terus ‘berdiri teguh’ di belakang pasukan kesayangan mereka.

“Tahun ini pasukan kembali beraksi di Sarawak , saya berharap penyokong dapat turun ke stadium dan di mana sahaja pasukan beraksi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan