Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PGA Sibu rampas rokok dan minum keras tidak bercukai
PGA Sibu rampas rokok dan minum keras tidak bercukai

PGA rampas rokok dan minum keras tanpa cukai lebih RM292 ribu

SARIKEI, 25 Feb: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10, Kem Lanang, Sibu berjaya merampas rokok dan minuman keras tanpa cukai dianggarkan bernilai RM292,396.68.

Pegawai Pemerintah , Superintendan Mohammad Jafiz Kadir berkata, serbuan menerusi Op Kontraban itu melibatkan tiga lokasi berasingan kelmarin yang bermula pukul 2 petang.

Katanya, tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun turut ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan minuman kerasa dan rokok tanpa cukai.

“Dalam serbuan pertama di sebuah kedai kopi di Pasar Jakar, anggota PGA telah merampas 1,392 tin minuman keras, 43,000 batang rokok putih serta 1,200 batang rokok kretek dengan nilai RM42,653.52 termasuk cukai,” katanya di sini hari ini.

Katanya, serbuan kedua di sebuah premis berhampiran kira -kira setengah jam kemudian, pihaknya merampas 408 katon atau 9,792 tin bir, 181 katon atau 36,200 batang rokok putih dan 3,600 batang rokok kretek bernilai RM101,072.56 termasuk cukai.

“Serbuan ketiga di Jalan Bazaar turut berjaya merampas pelbagai rokok bernilai RM148,670.60 termasuk cukai,”katanya.

Beliau memberitahu, ketiga-tiga lelaki tempatan yang ditahan gagal mengemukakan dokumen sah pemilikan ke atas barang rampasan yang disyaki tanpa cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan