Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Affin Bank Berhad dan Affin Islamic serah zakat RM250 000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak

ByConnie Grace

KUCHING, 25 Feb : Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Bhd menyerahkan sumbang zakat perniagaan berjumlah RM250 000 kepada Tabung Baitumal Sarawak yang diterima oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Majlis penyerahan itu berlangsung sempena kunjungan hormat pengurusan tertinggi bank berkenaan yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali ke Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia , Petrajaya di sini hari ini.

Wan Razly Abdullah berkata, beliau turut mengambil peluang untuk mengadakan perbincangan dengan Abang Johari mengenai bidang – bidang yang boleh diteroka secara bersama oleh bank berkenaan dan Kerajaan Sarawak.

“Antara isu perbincangan dengan Ketua Menteri ialah bagaimana Affin Bank Berhad dapat bekerjasama dengan lebih erat bersama Kerajaan Sarawak dan agensi – agensi di bawahnya.

” Affin Bank bersedia untuk membantu Sarawak terus berkembang terutamanya membabitkan perlaksanaan projek – projek yang dirancang oleh kerajaan negeri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan