Search
Close this search box.

Sarawak tiada agenda tersembunyi

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 22 Feb: Kerajaan Sarawak tiada agenda tersembunyi berhubung isu penukaran terma jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ yang bakal dilaksanakan selepas ia diwartakan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata perkara tersebut bertujuan untuk mengesahkan hakikat bahawa Sarawak adalah sebuah wilayah yang menubuhkan negara Malaysia bersama Semenanjung Malaysia dan Sabah.

“Kita merupakan salah satu wilayah yang menubuhkan negara Malaysia. Oleh yang demikian, kita terpaksa mengubah nama ‘Ketua Menteri’ kita kepada ‘Premier’. Itu sahaja, dan kita tiada niat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Seminar Keluarga Rabbani Sempena Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di sini pada hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam merangkap Pengerusi Biro Agama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Sarawak, Datu Kipli Yassin, yang mewakili Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Sarawak, Iskandar Turkee, dan Timbalan Pengarah II, Jabatan Agama Islam Sarawak, Ustaz Abang Borhanuddin Abang Ahmad Masuine.

Hasidah menjelaskan bahawa Sarawak hanya mahukan hak-haknya sebagai rakan sekutu yang berstatus sama dengan Semenanjung Malaysia dan Sabah, seperti yang termaktub di dalam MA63.

Berhubung perkara lain, Hasidah turut menasihatkan agar penyalahgunaan dadah oleh golongan belia yang bekerja dalam sektor awam dan sektor swasta ditangani secara serius oleh semua pihak berkaitan.

Menurut Hasidah, yang juga Naib Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak, kadar penceraian di Sarawak berpunca daripada masalah dadah yang meningkat pada tahun 2021 berbanding pada tahun sebelumnya.

“Sebab itu, saya rasa seminar seperti ini boleh diadakan dengan lebih kerap lagi.

“Kita rasa gembira melihat begitu ramai penglibatan para ibu dan bapa kerana ini adalah cabaran yang dihadapi kita bersama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan