Search
Close this search box.

Rumah terbakar di Kampung Sourabaya Hulu, musnah 80 peratus

ByElani Rosllan

KUCHING, 22 Feb: Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sourabaya Hulu telah dilaporkan terbakar tengah hari tadi dengan anggaran kemusnahan 80 peratus. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Latif bin Iring berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 1.19 tengah hari.

Katanya, pasukan bomba dan penyelamat bersama jentera dari balai bomba Petra Jaya dan Padungan bergegas ke lokasi kejadian dan kebakaran telah dapat dikawal pada pukul 1.43 tengah hari. 

Rumah tersebut didiami lima orang penghuni, dua lelaki dan tiga perempuan. 

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan