Search
Close this search box.
Bilangan kes COVID-19 di Sarawak pada hari ini mencatatkan kes harian baharu yang tinggi sebanyak 441 kes. Foto: TVS

COVID-19: Sarawak catat kes harian baharu yang tinggi dengan 441 kes

ByElani Rosllan

KUCHING, 22 Feb: Bilangan kes COVID-19 di Sarawak pada hari ini mencatatkan kes harian baharu yang tinggi sebanyak 441 kes. 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah tersebut menjadikan kes kumulatif di Sarawak sebanyak 257,112 kes.

“Statistik bilangan kes mengikut pecahan daerah menyaksikan Kuching merekodkan kes tertinggi dengan 132 kes, diikuti Miri 111 kes, Sibu 104 kes, Bintulu 25 kes dan Kapit 20 kes.

“Sebanyak 438 kes berada dalam Kategori 1 (Tiada Gejala) dan 2 (Gejala Ringan), dan tiga kes dalam Kategori 3 (Jangkitan Paru-paru), ” tambahnya lagi.

Kenyataan media tersebut juga menjelaskan bahawa tiada kluster baharu dan kes kematian direkodkan di Sarawak pada hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan