Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia juara badminton Asia
SHAH ALAM, 20 Feb -- Pemain perseorangan Lelaki, Lee Zii Jia meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan dari Indonesia, Dwi Wardoyo Chico Aura pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 peringkat akhir di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini. Zii Jia menang di set yang kedua dan ketiga dengan keputusan 14-21,21-12,21-10. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Usah terbuai dengan kejayaan BATC 2022 – Zii Jia

SHAH ALAM, 20 Feb :  Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, mengingatkan rakan sepasukan agar tidak leka dengan kejayaan bersejarah muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia buat kali pertama di sini, hari ini.

Pemain nombor tujuh dunia itu berkata ini kerana kebanyakan pasukan menghantar barisan kedua mereka berbanding Malaysia, yang membariskan skuad utama pada edisi 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, sejak Selasa lepas.

“Jangan gembira sangat tetapi ye, ia masih satu gelaran untuk kami,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan akhir hari ini.

Justeru, Zii Jia yang menyumbang mata pertama negara selepas menewaskan Chico Aura Dwi Wardoyo, 14-21, 21-12, 21-10, berharap, para pemain agar mengekalkan momentum mereka sebelum berjuang memburu kejuaraan yang lebih penting, iaitu Piala Thomas dijadual berlangsung di Bangkok, Thailand, Mei ini.

Pasukan Malaysia muncul juara badminton Asia baharu selepas menundukkan Indonesia, 3-0, sekali gus menyekat hasrat musuh tradisi itu daripada menjuarai gelaran keempat berturut-turut kejohanan yang bermula sejak 2016 itu.

Dalam pada itu, Soh Wooi Yik pula mengakui sudah bersedia untuk bermain dalam set penentuan sehingga menyaksikan mereka bangkit daripada ketinggalan, untuk meraih mata kedua buat Malaysia.

Wooi Yik bersama pasangannya, Aaron Chia berhempas pulas dalam perlawanan kedua selepas menerima tentangan hebat dari Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 17-21, 21-13, 21-18.

Aaron pula berkata beliau masih belum berpuas hati dengan persembahannya sepanjang kejohanan ini berlangsung, dan berazam untuk meningkatkan prestasi pada masa depan.

Pemain muda meningkat naik, Ng Tze Yong berkata beliau tidak berdepan tekanan selepas menyedari Malaysia mempunyai kelebihan dengan kedudukan 2-0, sebelum masuk ke gelanggang berdepan pemain ke-90 dunia Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan