Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak salur peruntukan RM30 000 kepada PAWE untuk laksanakan pelbagai program kepada warga emas.
Kerajaan Sarawak salur peruntukan RM30 000 kepada PAWE untuk laksanakan pelbagai program kepada warga emas.

Kerajaan Sarawak salur peruntukan RM30,000 untuk aktiviti warga emas di Kuching

KUCHING, 19 Feb : Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM30 000 untuk kegunaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di pusat bandar.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, jumlah berkenaan disalurkan bagi membolehkan pusat berkenaan melaksanakan pelbagai program.

Seterusnya menurut beliau, ia akan membantu untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas dan memastikan mereka kekal aktif.

” Berdasarkan statistik global, populasi warga emas sekitar 727 juta orang dan di Malaysia pula, kita mempunyai seramai 2.37 juta penduduk kategori berkenaan.

“Ini menunjukkan kualiti kehidupan yang semakin baik dan sangat penting bagi kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri menubuhkan pusat seperti PAWE, ini bertepatan dengan Dasar Warga Emas Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesyuarat Agung PAWE Kuching ketiga di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sharifah Hasidah berkata, penubuhan PAWE sejak 2014 selaras dengan dasar di peringkat nasional.

“Kita mahu warga emas terus menyumbang kepada komuniti menerusi pelbagai platform termasuk penglibatan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan