Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak United tewas 2-3 kepada Kelantan FC dalam perlawanan terakhir Piala Sabah Maju Jaya 2022 di Stadium Likas, petang tadi.
Sarawak United tewas 2-3 kepada Kelantan FC dalam perlawanan terakhir Piala Sabah Maju Jaya 2022 di Stadium Likas, petang tadi.

Sarawak United tumpas kepada Kelantan FC

KUCHING, 18 Feb : Hasrat Sarawak United FC meraih kemenangan pada perlawanan terakhir Piala Sabah Maju Jaya 2022 tidak kesampaian apabila tunduk 2-3 kepada Kelantan FC di Stadium Likas, petang tadi.

Turun dengan misi untuk menebus dua kekalahan awal, anak buah E. Elavarasan cuba memberi tentangan terbaik namun Kelantan FC mendahului saingan seawal minit ke-11 menerusi jaringan Nurshamil.

Begitupuun, Gopi Rizki kembali menyamakan kedudukan buat Sarawak United apabila menjaringkan gol pada minit ke-25.

Perlawanan terus rancak apabila kedua – dua pasukan saling membuat serangan balas namun Kelantan FC yang beraksi di Liga Perdana kembali memimpin perlawanan apabila Kervens Belfort menjadikan kedudukan 2-1.

Begitupun semangat melawan Sarawak United tidak mudah luntur apabila Uche Agba menjadikan kedudukan 2-2 sebelum memasuki bilik persalinan selepas babak pertama tamat.

Bersambung babak kedua- kedua-dua pasukan terus meningkatkan tempo permainan namun kealpaan barisan pertahanan Sarawak membolehkan Fazrul Amir menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-55 dan kedudukan itu kekal hingga wisel penamat.

Sarawak United memulakan aksi dalam Piala Sabah Maju Jaya dengan tewas 0-3 kepada Kedah Darul Aman FC dan diikuti kekalahan kedua 1-2 kepada Sabah FC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan