Search
Close this search box.

COVID-19: Lelaki 36 tahun korban baharu di Sarawak, catat kes tertinggi untuk tahun ini

ByElani Rosllan

KUCHING, 18 Feb: Sarawak mencatatkan sebanyak 390 kes positif harian COVID-19 iaitu angka tertinggi pada tahun ini.

Tambahan kes jangkitan itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini mencecah 255,692 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Kuching masih menjadi daerah yang paling terjejas ketika ini apabila mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 126 kes.

“Ini diikuti oleh Sibu dan Miri yang masing-masing merekodkan 71 kes.

“Sementara itu, sebanyak 36 kes turut dikesan di Kapit, 13 kes di Lawas dan 10 kes masing-masing di Sarikei dan Samarahan,” tambah JPBNS lagi.

Kenyataan sama turut memaklumkan terdapat satu kes kematian baharu direkodkan bagi tempoh 24 jam lepas iaitu melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun di Sibu yang mempunyai sejarah obesiti.

Tiada pertambahan kluster baharu dengan jumlah kluster aktif kekal dua. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan