Search
Close this search box.
kes covid-19 malaysia lepasi tiga juta
Orang ramai kekal melakukan aktiviti harian mereka ketika tinjauan FotoBERNAMA di sekitar ibu kota berikutan kenaikan kes positif COVID-19 hari ini. Hari ini negara merekodkan sebanyak 20,939 kes penularan wabak COVID-19 yang menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 2,996,361 kes. Jumlah kes hari ini telah dijangkakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk kepada gelombang varian Omicron yang menular di seluruh dunia. Foto: Bernama

Kes COVID-19 di Malaysia kini lebih tiga juta – KP Kesihatan

ByBernama

UALA LUMPUR, 12 Feb : Kes baharu COVID-19 kekal trend meningkat dengan 22,802 kes direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan kes kumulatif melebihi tiga juta iaitu 3,019,163.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosial hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, 99.54 peratus atau 22,698 kes adalah dalam kategori satu dan dua manakala baki 104 kes atau 0.46 peratus, berada dalam kategori tiga, empat dan lima. 

“Kategori satu adalah sebanyak 5,029 kes atau 22.05 peratus; kategori dua 17,669 kes (77.49 kes); kategori tiga, 82 kes (0.36 peratus); kategori empat, 14 kes (0.06 peratus) dan kategori lima, lapan kes (0.04 peratus),” katanya.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan