Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada isu kekurangan bekalan ayam dan kenaikan harga telur di Sibu

SIBU, 9 Feb : Pemantauan harian yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sibu mendapati tidak berlaku kekurangan bekalan ayam dan kenaikan harga telur di sini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Kelyn Bolhassan berkata, majoriti peniaga didapati mematuhi harga siling runcit bagi ayam standard dan harga telur semua gred yang ditetapkan oleh kerajaan sejak 5 Februari lalu hingga 5 Jun depan.

Sehubungan itu katanya, orang ramai di sini tidak perlu bimbang kerana mereka masih boleh membeli bahan mentah berkenaan pada harga yang tidak membebankan.

“Harga maksimum ayam standard yang telah ditetapkan ialah RM9.30 sen sekilogram (kg) manakala bagi ayam super pula sebanyak RM10.30.

Bagi harga telur gred A , ia dijual pada kadar 45 sen sebiji manakala Gred B sebanyak 43 sen dan Gred C dengan harga 41 sen,” katanya di sini hari ini.

Katanya, KPDNHEP Cawangan Sibu akan bertindak mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 sekiranya terdapat peniaga menjual bahan keperluan berkenaan pada harga yang tinggi.

“Pada masa sama , saya ingin menasihatkan pengguna supaya melaporkan kepada kementerian sekiranya menjadi mangsa peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berhubung skim ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan