Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah

Sarawak sasar tingkatkan penggunaan IOT dalam pertanian

ByJessica Chung

KUCHING, 9 Feb : Kerajaan Sarawak berhasrat untuk meningkatkan penggunaan Internet Kebendaaan (IoT) dalam sektor pertaniannya sekaligus memacu usaha mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayahnya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, beliau yakin aplikasi IoT berpotensi untuk terus digunakan setelah kejayaan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi sejak 2017.

Katanya, di sebalik kos yang mahal namun IoT terbukti berkesan dan meningkatkan hasil pertanian di TKPM.

” Pelaburan modal yang dibuat belum pasti dapat (menggunakan sistem IoT) namun kita pasti mampu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat pertanian di TKPM di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Muda Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah I, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan Menteri Muda Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah II, Martin Ben.

Sementara itu, selain aspek teknologi termaju, Stephen Rundi turut menegaskan kerjasama pihak swasta juga sangat diperlukan untuk memastikan Sarawak muncul sebagai pengeksport utama makanan negara pada 2030.

“Selain itu, kita juga perlu mengubah minda, cara berfikir dan budaya kerja rakyat serta memberi kefahaman tentang potensi besar yang dimiliki sektor pertanian kepada mereka.

Melaluinya akan timbul minat dan seterusnya melibatkan diri dalam sektor ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan