Search
Close this search box.

Sarawak kesan kluster baharu, kes meningkat kepada 184

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 9 Feb : Satu kluster baharu COVID-19 dikesan di Sarawak hari ini sekaligus menyumbang kepada peningkatan kes jangkitan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Kluster Kampung Semeba dikesan melalui saringan individu bergejala pada 5 Februari lepas.

Menurut JPBN, jangkitan tersebut dipercayai berpunca akibat pergaulan sosial dan sejarah makan bersama ketika sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu.

” Hasil saringan mendapati seramai 17 daripada 139 orang yang disaring positif manakala selebihnya negatif,” jelas kenyataan berkenaan.

Kluster baharu ini ‘muncul’ selepas beberapa bulan Sarawak tidak melaporkan sebarang kes jangkitan secara besar – besaran.

Sarawak hari ini telah merekodkan 184 kes baharu COVID-19 dengan sebahagian besarnya berada pada kategori satu dan dua.

Selain itu, tiga kes baharu melibatkan kategori tiga, empat dan lima. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan