Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ketetapan dasar Anti Lompat Parti, had jawatan PM dibentang kepada Ahli Parlimen – Wan Junaidi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Feb : Ketetapan dasar mengenai peruntukan Anti Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri telah dibentangkan kepada Ahli-Ahli Parlimen bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dasar tersebut dibincangkan oleh Jawatankuasa Teknikal Transformasi dan Kestabilan Politik pada 25 Jan lepas.

“Sesi libat urus bersama Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan (Ahli) Dewan Negara mengenai peruntukan tersebut diadakan pada hari ini dan semalam di Parlimen.

“Ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan wakil-wakil rakyat dan Senator Dewan Negara mengenai cadangan peruntukan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata beliau bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua parti komponen dan ketua parti bagi mendapatkan persetujuan berkaitan dasar dan perundangan yang dicadangkan.

Beliau berkata cadangan mengenai peruntukan itu juga akan dibentangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik yang dipengerusikan bersama wakil kerajaan dan pembangkang setelah dimurnikan dan dimuktamadkan dengan semua pihak berkepentingan.

Wan Junaidi memaklumkan beliau yakin kedua-dua sesi itu dan sesi-sesi akan datang dapat memberikan penerangan dan maklumat secukupnya kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengenai cadangan tersebut. 

“Pada masa sama, selain pengukuhan inisiatif dwipartisan, ia juga dapat memastikan cadangan peruntukan ini akan disokong dan dipersetujui di Parlimen kelak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan