Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Terengganu FC, Muhammad Safwan Mazlan disahkan positif COVID-19, beberapa hari sebelum bermula saingan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja, Isnin ini.
Pemain Terengganu FC, Muhammad Safwan Mazlan disahkan positif COVID-19, beberapa hari sebelum bermula saingan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja, Isnin ini.

COVID-19 musnahkan impian Safwan beraksi di Kemboja

ByBernama

PETALING JAYA, 9 Feb : Pemain Terengganu FC, Muhammad Safwan Mazlan disahkan positif COVID-19, beberapa hari sebelum bermula saingan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja, Isnin ini.

Ketua Jurulatih Brad Maloney mengesahkan Muhammad Safwan yang dilaporkan sihat dan tidak menunjukkan sebarang gejala, kini tidak dapat beraksi dalam kejohanan tersebut.

“Ya, sebagai sebahagian daripada protokol biasa, semalam kita menjalankan ujian RTK-Ag ke atas semua pemain dan terdapat tanda seorang pemain (diuji positif COVID-19).

“Jadi, kami sudah kuarantinkan dia manakala kakitangan perubatan mengikut prosedur biasa,” katanya yang ditemui pemberita di kem latihan pusat di sini hari ini.

Selain Muhammad Safwan, Maloney berkata tiga lagi pemain turut terlepas untuk aksi di Kemboja kerana komitmen terhadap kelab.

Dipercayai pemain tersebut adalah daripada pasukan Liga Premier, Johor Darul Ta’zim II iaitu T. Shaheeswaran, Muhammad Alif Abdul Mutalib dan Muhammad Umar Hakeem Suhar Rezwan.

Bagaimanapun, Maloney boleh menarik nafas lega apabila beliau berjaya memanggil empat pemain Selangor FC iaitu penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman serta tiga pemain pertahanan Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar untuk menyertai kem latihan pusat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan