Search
Close this search box.

Kerajaan Sabah terima dividen RM1.3 juta daripada LIGS

ByTVS

Kredit gambar: JKM Sabah

KOTA KINABALU 7 Feb: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menyerahkan dividen tahun 2021-2022 berjumlah RM1,317,336 kepada Kerajaan Sabah.

Penyerahan dividen berkenaan disempurnakan Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong sambil disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga merangkap Menteri Kewangan Negeri turut menerima penyerahan bantuan banjir daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sebanyak RM100,000 untuk diserahkan kepada Tabung Bencana Negeri Sabah.

Hadir sama Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan