Search
Close this search box.

Sembilan lelaki ditahan terlibat rusuhan bersenjata di Sibu

SIBU, 6 Feb : Polis berjaya memberkas sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes rusuhan bersenjata di bandar ini pada Rabu lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, dalam kejadian kira- kira pukul 4.30 petang pada 2 Februari lalu, sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan kayu telah ‘menyerang’ rumah pengadu yang merupakan kontraktor pendingin hawa di Sibujaya.

Polis berjaya memberkas sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes rusuhan bersenjata di bandar ini pada Rabu lepas.

Katanya, berdasarkan laporan, kumpulan itu bertindak memecahkan cermin kereta pengadu dan merosakkan beberapa barangan lain dalam rumah.

” Mereka kemudian bertengkar dengan pengadu dan isterinya yang berusia 25 tahun yang menyebabkan pasangan itu mengalami kecederaan pada bahagian badan,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal ujar Collin, kes berkenaan berpunca daripada perselisihan faham yang tercetus membabitkan dua kumpulan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tong Sang , pada pukul 11.30 malam Selasa lalu.

” Pengadu yang tidak berpuas hati kemudian mencari suspek dan berlaku pergaduhan di sebuah kedai kopi di Jalan Ramin pada pukul 2.30 pagi Rabu,” katanya.

Beliau memberitahu, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu memberkas sembilan suspek berusia antara 19 hingga 31 tahun termasuk pengadu dan merampas senjata yang digunakan.

Collin berkata, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis secara berasingan.

Kesemua suspek telah direman selama lima hari bermula 5 sehingga 10 Februari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

“Polis juga sedang mengesan saki baki suspek yang masih bebas dan dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan