Search
Close this search box.
covid-19 sarawak
SIBU, 29 Jan -- Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah Embas (depan dua, kanan) melihat Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu (depan, kanan) menunjukkan cara melaraskan ketinggian katil di Hospital Medan Sibu pada Majlis Simbolik Penyerahan hospital tersebut kepada pihak pengurusan Hospital Sibu hari ini. Hospital Medan Sibu dibina secara kekal dengan kos lebih RM1.6 juta yang mampu menempatkan 100 katil bagi merawat pesakit COVID-19. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

COVID-19 : Sarawak catat 58 kes baharu, tertinggi tahun ini

KUCHING, 6 Feb : Sarawak mencatatkan kes baharu positif COVID-19 tertinggi pada tahun ini apabila sebanyak 58 kes disahkan bagi tempoh 24 jam lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sebanyak 54 kes dikelaskan pada kategori satu dan dua manakala empat kes pada kategori empat dan lima.

“Sebanyak 35 kes pada kategori satu tidak bergejala manakala 19 kes berada pada kategori dua mengalami simptom ringan.

Satu kes pada kategori empat mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen manakala tiga kes pada kategori lima pula memerlukan ventilator,” jelas kenyataan berkenaan sebentar tadi.

Berdasarkan statistik, Kuching mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 21 kes diikuti oleh Sibu sebanyak 14 kes. 

Miri pula mencatatkan 13 kes diikuti Kanowit sebanyak empat kes dan Lawas dengan tiga kes kes.

Sementara itu, Kapit, Selangau dan Tatau masing-masing merekodkan satu kes.

Selain itu, 32 daerah lain tidak melaporkan jangkitan selain tiada kluster baharu dikesan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan