Search
Close this search box.

Sentimen pengundi muda Sarawak cenderung kepada GPS – Fatimah

BySalasiah Safian

KUCHING, 5 Feb : Data membabitkan segmen pengundi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak , Disember lalu menunjukkan sokongan kelompok itu cenderung kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Pergerakan Wanita, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) , Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sehubungan itu pihaknya yakin momentum sokongan berkenaan akan berterusan kepada GPS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 ini.

Ujarnya, sokongan pengundi muda kepada GPS hampir sama dengan yang diberikan oleh pengundi yang lebih berusia pada PRN lalu.

“Sokongan (oleh pengundi muda kepada GPS) adalah bertitik tolak daripada usaha berterusan Kerajaan GPS Sarawak memberi perhatian kepada rakyat pelbagai peringkat termasuk melibatkan golongan muda melalui polisi disediakan dalam pelbagai program,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tinggi Wanita PBB di sini hari ini.

Yang turut hadir dua timbalannya iaitu Datin Angelina Ujang dan Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan barisan kepimpinan Wanita PBB.

Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap dalam sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Pergerakan Wanita PBB di Jalan Bako di sini hari ini.

Sementara itu, intipati mesyuarat hari ini ialah menyokong sepenuhnya cadangan untuk menubuhkan sayap belia kepada mereka yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 28 tahun.

“ Kita berpandangan ini merupakan langkah yang sesuai dengan peredaran masa kerana penglibatan orang muda dalam sistem demokrasi negara dan politik.

“Sudah tiba masanya parti diremajakan malah Wanita PBB turut terlibat dengan usaha untuk menubuhkan sayap ini,” ujarnya.

Sementara itu, Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak berkata, Konvensyen PBB dijangka akan berlangsung pada Jun ini.

“Ketika ini persiapan Wanita peringkat ranting dan cawangan akan dimulakan dan disusuli persiapan peringkat negeri,” katanya.

Beliau turut menyarankan Pergerakan Wanita peringkat Ranting dan Cawangan supaya mengemaskini data keahlian untuk tujuan pemilihan dan urusan parti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan