Search
Close this search box.
Moroccan crews work to rescue five-year-old boy Rayan, who is trapped in a deep well for over two days, near Bab Berred in Morocco, on Feb 3, 2022. AFP/Getty Images
Moroccan crews work to rescue five-year-old boy Rayan, who is trapped in a deep well for over two days, near Bab Berred in Morocco, on Feb 3, 2022. AFP/Getty Images

Seluruh dunia menanti operasi selamatkan Rayan bersama doa dan harapan

ByNurul Amarlina

KAHERAH, 5 Feb : Seluruh dunia sedang menanti dengan penuh debaran perkembangan operasi menyelamat seorang kanak – kanak lelaki yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi sejak Selasa lepas.

Pasukan penyelamat bekerja tanpa henti untuk mengeluarkan Rayan yang berusia lima tahun dan masih hidup.

Operasi berkenaan kini memasuki tahap kritikal semalam dengan penduduk negara itu dan seluruh Afrika Utara menonton siaran langsung kerja – kerja menyelamat tersebut, lapor The New York Times.

Rayan telah terjatuh dalam perigi berhampiran rumahnya di Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen.

https://twitter.com/sh1fae/status/1489207893337554947

Pasukan penyelamat menggunakan jentolak untuk menggali lubang namun kebimbangan utama mereka ialah bahagian tepi perigi akan runtuh sebelum Rayan dapat dibawa keluar.

Menurut agensi berita Maghreb Arabe Presse, proses penggalian itu berada di “peringkat akhir.”

Operasi itu dihentikan buat sementara waktu malam tadi namun kerja menggali bersambung semula apabila pakar mengesahkan ia selamat.

Menurut laporan akhbar tempatan, dua orang penyelamat menggali secara manual lapisan tanah yang memisahkan mereka dengan Rayan.

Sebuah helikopter juga disediakan di tempat kejadian untuk menerbangkan kanak – kanak itu ke hospital sebaik sahaja dia berjaya dibawa keluar.

Ketika operasi menyelamat berlangsung, orang ramai yang berada di tapak itu membaca doa dan menjerit memberikan kata-kata semangat kepada pasukan penyelamat.

Ada antara mereka yang tidur di bawah pokok di kawasan berhampiran kerana ingin menyaksikan penghujung krisis ini.

Keluarga Rayan memasak couscous, iaitu hidangan tradisional Maghribi dan menyajikannya kepada orang ramai di tapak itu manakala terdapat dermawan lain mengedarkan roti dan kurma.

Salah seorang penyelamat, Abdelhadi Temrani, berkata usaha itu memerlukan ketelitian kerana dia dan rakannya berapa pada peringkat paling rumit.

“Kami tidak boleh mengorbankan pasukan jika ada risiko tanah runtuh,” katanya.

Pada masa sama, Abdelhadi menerangkan bahawa pasukan penyelamat tidak boleh menghantar anggota untuk mula menggali sehingga mereka berjaya membuat terowong.

Kredit: The RAGE X

Pada Khamis, pasukan penyelamat telah menurunkan tiub oksigen dan air kepada Rayan menggunakan tali serta kamera untuk memantaunya.

Video pendek itu yang kini tular di platform media sosial dengan hashtag #SaveRayan menunjukkan Rayan hampir tidak bergerak, namun masih bernafas.

Media tempatan melaporkan bahawa terdapat lima jentolak dan berpuluh-puluh penyelamat termasuk sepasukan topografi yang terlibat dalam usaha itu.

Malah para pendaki gunung dan gua tempatan juga dilaporkan untuk turut mengambil bahagian dalam operasi menyelamat tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan