Search
Close this search box.
judi balingian
judi balingian

Polis Sarawak rampas cip lebih RM1 juta dan RM200 ribu serbuan bangsal judi di Jalan Balingian

KUCHING, 5 Feb : Serbuan polis di sebuah bangsal terbuka di Jalan Balingian, Mukah membawa kepada rampasan wang tunai pelbagai nilai berjumlah RM219 211 serta cip dianggarkan bernilai RM1.026 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak, Senior Asisten Komisioner (SAC), Lukas Aket berkata, semasa serbuan pada pukul 12.20 tengah hari semalam, sekumpulan lelaki dan beberapa wanita sedang leka bermain terup dan sabung ayam.

Katanya, setelah menyedari kehadiran anggotanya, kesemua kaki judi berkenaan bertempiaran lari menyelamatkan diri namun gagal apabila polis berjaya memberkas 73 orang.

“ Selain wang tunai dan cip, polis turut merampas 10 ekor ayam yang masih hidup, tiga ekor ayam yang telah mati, tiga unit taji, satu unit papan putih dan satu set daun terup,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak, Senior Asisten Komisioner (SAC), Lukas Aket berkata, semasa serbuan pada pukul 12.20 tengah hari semalam, sekumpulan lelaki dan beberapa wanita sedang leka bermain terup dan sabung ayam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak, Senior Asisten Komisioner (SAC), Lukas Aket berkata, semasa serbuan pada pukul 12.20 tengah hari semalam, sekumpulan lelaki dan beberapa wanita sedang leka bermain terup dan sabung ayam.

Lukas memberitahu, kesemua yang ditahan terdiri daripada 70 orang lelaki berusia di antara 15 hingga 75 tahun dan tiga wanita berumur 25 hingga 57 tahun.

Katanya, sebuan itu dilakukan oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

“ Kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 3(1) , Langkah-Langkah Pencegahan Penyakit dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962,” katanya.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan