Search
Close this search box.
lemas sungai batang skrang
lemas sungai batang skrang

Pesara tentera hilang ketika memancing di Batang Skrang ditemukan lemas

BETONG, 5 Feb : Seorang pesara tentera yang dilaporkan hilang ketika memancing di Batang Skrang ditemukan lemas hari ini oleh penduduk kampung yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR).

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Henry Jugah berkata, mayat Baki Nyambong, 49, dijumpai pada pukul 8.39 pagi tadi, kira – kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat diserahkan kepada polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman untuk tindakan lanjut dan operasi SAR ditamatkan,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa dan abangnya keluar memancing di sungai berkenaan dan perahu yang dinaiki mereka terlanggar bongkah kayu di tengah sungai kira-kira pukul 6.00 petang ,pada Khamis lepas.

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh ke dalam sungai sebelum dilaporkan hilang.

Abangnya kemudian memaklumkan kejadian kepada penduduk kampung dan operasi SAR dilancarkan selepas itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan