Search
Close this search box.
Gara - gara menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Kampung Pandn, pagi tadi, seorang penunggang motosikal parah selepas merempuh sebuah kereta.
Gara - gara menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Kampung Pandn, pagi tadi, seorang penunggang motosikal parah selepas merempuh sebuah kereta.

Penunggang motosikal parah gara – gara lawan arus di MRR2

ByFirdaus Ismail

AMPANG, 5 Feb : Gara – gara menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)  berhampiran Kampung Pandan, pagi tadi, seorang penunggang motosikal parah selepas merempuh sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian kira – kira pukul 5.25 pagi tadi menghala ke Gombak, penunggang berusia 22 tahun itu telah melanggar sebuah kereta Proton Saga yang berada di lorong tengah.

Katanya, sebuah lagi kereta jenis Perodua Bezza yang berada di belakang pula tidak sempat membrek dan melanggar kereta di hadapannya.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian muka serta kaki dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Ampang.

“Kedua – dua pemandu kereta itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 43 , Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya , Sarjan Nur Nadia Atira di talian 017-2288085,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan