Search
Close this search box.
Syarikat penerbangan Scoot Tigerair Pte. Ltd. akan memulakan penerbangan membabitkan laluan Singapura dan Miri bermula 23 Februari ini.
Syarikat penerbangan Scoot Tigerair Pte. Ltd. akan memulakan penerbangan membabitkan laluan Singapura dan Miri bermula 23 Februari ini.

Penerbangan Scoot Tigerair Singapura – Miri bermula 23 Feb – Kim Shin

ByFirdaus Ismail

Kredit gambar Ahmad Yassier

KUCHING, 5 Feb : Syarikat penerbangan Scoot Tigerair Pte. Ltd. akan memulakan penerbangan membabitkan laluan Singapura dan Miri pada 23 Februari ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kementeriannya telah menerima surat pengesahan daripada syarikat yang berpengkalan di Singapura itu pada Selasa lepas.

Katanya, kaunter perkhidmatan juga telah disediakan di Lapangan Terbang Miri bagi mengendalikan urusan penumpang membabitkan laluan berkenaan.

“ Penerbangan akan beroperasi pada setiap Rabu dan Sabtu dengan waktu ketibaan di Miri dijadualkan pada pukul 2.20 petang dan penerbangan ke Singapura pula pada pukul 3 petang hari yang sama,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan Sarawak menerima lampu hijau daripada Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengenai permohonan Scoot Tigerair Pte. Ltd. untuk mengendalikan penerbangan dua kali seminggu antara Singapura dan Miri yang akan bermula bulan lepas.

Namun perancangan berkenaan terpaksa ditangguhkan seketika kerana syarikat berkenaan masih di peringkat menyelesaikan beberapa perkara dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Sementara itu, Kim Shin turut memaklumkan ketika ini Scoot Tigerair Pte. Ltd. turut mengendalikan penerbangan membabitkan Singapura ke Kuching sebanyak tiga kali seminggu dan pembukaan laluan baharu itu dijangka akan merancakkan lagi ekonomi di bahagian utara Sarawak.

“ Miri berkemampuan untuk memenuhi keperluan industri besar yang berminat menanam modal pelaburan mereka terutamanya bagi sektor minyak dan gas di Malaysia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan