Search
Close this search box.
Sarawak merekodkan satu kluster baharu hari ini dengan kes keseluruhan 201.
Sarawak merekodkan satu kluster baharu hari ini dengan kes keseluruhan 201.

Malaysia rekod 9,117 kes baharu COVID-19, tertinggi tahun ini

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 5 Feb : Malaysia merekodkan sebanyak 9,117 kes positif baharu COVID-19 pada hari ini seperti disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah berkenaan merupakan angka tertinggi pada tahun ini sekaligus mengatasi catatan 7,234 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 8,983 dikesan sebagai kes penularan tempatan manakala sebanyak 134 merupakan kes import.

Pada masa sama ujar beliau, KKM turut mengesan 10 kluster baharu, menjadikan kluster aktif ketika ini sebanyak 353.

“ Sebanyak 99.5 peratus kes hari ini terdiri daripada kategori satu dan dua manakala bakinya pada kategori tiga, empat dan lima,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, beliau turut memberitahu kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara kini berada pada bacaan 1.13 dengan nilai di enam negeri melepasi purata kebangsaan.

Perlis mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 1.33 manakala Sabah 1.29.

Sarawak pula mencatatkan kadar kebolehjangkitan 1.07 dan sifar direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan