Search
Close this search box.
COVID-19 Sabah
COVID-19 Sabah

Kes COVID-19 di Sabah melonjak kepada 1,205

ByTVS

Kredit gambar Majlis Keselamatan Negara Sabah

KOTA KINABALU, 5 Feb : Perkembangan harian jangkitan COVID-19 di Sabah terus menunjukkan trend meningkat apabila sebanyak 1,205 kes baharu disahkan pada hari ini.

Jurucakap COVID-19 negeri, Datuk Masidi Manjun berkata , pihaknya menjangkakan kes baharu akan terus melonjak di negeri ini termasuk berpunca daripada kealpaan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jumlah kes hari ini meningkat tiga kali ganda dan ia akan bertambah teruk sebelum situasi pulih,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Berdasarkan data ujar Masidi, peratus kes baharu berpunca daripada jangkitan sporadik yang tinggi iatu sebanyak 527 kes atau 43.7 peratus pada hari ini.

“Satu kluster kenduri kahwin direkodkan di Daerah Beaufort sekaligus menunjukkan rakyat Sabah sudah mula lupa kita sebenarnya masih berada dalam situasi pandemik” katanya.

Beliau turut memberitahu, sebanyak 1,198 kes daripada keseluruhan kes hari ini berada pada kategori satu diikuti tiga kes (kategori tiga) dan satu kes masing-masing dalam kategori empat dan lima. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan