Search
Close this search box.
sarawak covid-19
SIBU, 29 Jan -- Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tiga, kanan) meninjau keadaan dalam Hospital Medan Sibu, selepas Majlis Simbolik Penyerahan hospital tersebut kepada pihak pengurusan Hospital Sibu hari ini. Hospital Medan Sibu dibina secara kekal dengan kos lebih RM1.6 juta yang mampu menempatkan 100 katil bagi merawat pesakit COVID-19. Turut kelihatan Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu (dua, kanan), Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Rapaee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Joseph Chieng (kanan). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

COVID-19: Sarawak catat 20 kes baharu hari ini

KUCHING, 3 Feb : Jumlah kes COVID-19 yang direkodkan di Sarawak bagi tempoh 24 jam lepas ialah sebanyak 20 kes iaitu berkurangan satu kes berbanding hari sebelumnya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak mencapai 252,881 kes sejak negara ini dilanda pandemik.

Sementara itu, berdasarkan data baharu hari ini, sebanyak 15 kes berada dalam kategori satu manakala lima kes lagi dalam kategori dua.

Daerah Kuching mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 13 kes diikuti Sibu dengan tiga kes dan satu kes masing-masing di Miri dan Samarahan.

Tiada sebarang kematian dan kluster baharu direkodkan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan