Search
Close this search box.
covid-19
covid-19

COVID-19 : Sarawak catat 11 kes baharu hari ini

KUCHING, 28 Jan : Sarawak mencatatkan sebanyak 11 kes baharu positif COVID-19 bagi tempoh 24 jam lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kesemua kes berkenaan berada pada kategori satu dan dua.

“Sebanyak tujuh kes berada pada kategori satu atau tiada gejala manakala empat kes pada kategori dua yang mempunyai gejala ringan,” jelas kenyataan berkenaan sebentar tadi.

Berdasarkan statistik, Kuching mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak enam diikuti Miri dan Bau yang masing-masing mencatatkan sebanyak dua kes.

Sementara itu , Kapit pula merekodkan satu kes.

Selain itu, 36 daerah lain tidak melaporkan jangkitan selain tiada kluster baharu dikesan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan