Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Laksana ‘PKP’ terhadap babi kawal wabak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jan : Ahli Parlimen Bayan Baru , Sim Tze Tzin mencadangkan supaya satu langkah pengawalan umpama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwujudkan terhadap ternakan babi sebagai langkah mengawal wabak Demam Babi Afrika (ASF) yang melanda industri haiwan itu.

Beliau yang juga jurucakap Hal Ehwal Pertanian Parlimen PKR mencadangkan empat lagi strategi iaitu melibatkan pendekatan seluruh jentera kerajaan, meningkatkan biosekuriti ladang, pemberian pampasan kepada penternak terkesan dan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi usaha memusnahkan babi dijangkiti ASF.

“Babi hidup hanya boleh bergerak di dalam negeri sahaja dan penyembelihan dilakukan dalam negeri tersebut sahaja,” katanya kepada media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sim yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memuji tindakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang telah bertindak secara profesional dan pantas dalam menangani penularan wabak ASF.

Penyakit ASF dikesan pada babi ternakan di beberapa negeri termasuk di ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Melaka dan setakat ini sebanyak 16,000 ekor babi dijangkiti di 19 ladang di Melaka telah dilupuskan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan