Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Demam Babi Afrika (ASF) telah dikesan di tiga ladang Durin, Sibu

Demam ASF dikesan di tiga ladang Durin, Sibu

Kredit gambar kepada Kompas.com

KUCHING, 10 Jan : Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi menggesa penternak babi untuk mempertingkatkan biosekuriti ladang termasuk menghalang sebarang lawatan daripada orang luar.

Ia susulan demam Babi Afrika (ASF) telah dikesan di tiga ladang belakang rumah di Durin, Sibu. 

“Buat masa ini, tiada sebarang rawatan atau vaksin yang disediakan untuk merawat atau mengawal virus ASF malah mana-mana ladang yang dijangkiti ASF akan ditutup dan dikuarantin. Semua babi akan dimusnahkan di ladang bagi mengurangkan populasi dan bangkai akan dilupuskan,” katanya.

Kes telah disahkan hari ini oleh Makmal Diagnosa Veterinar Negeri menggunakan ujian Real-Time Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) telah mengerahkan anggotanya di lapangan untuk menentukan tahap wabak sebelum mengambil sebarang tindakan bagi membendung penyakit itu dan daripada terus merebak ke ladang babi yang lain. 

Pengawasan klinikal dan serologi sedang dijalankan dan spesimen diambil untuk diagnosis oleh makmal.

“Mereka juga dinasihatkan untuk tidak memberi sisa makanan dari restoran atau dapur kepada babi kerana virus ASF boleh bertahan dalam produk tercemar yang menyebabkan jangkitan ASF pada babi,” ujarnya lagi. 

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) berhampiran atau Whatsapp ke talian di 016-284 0918. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan