Search
Close this search box.

Australia batalkan visa pemain tenis No.1 dunia Djokovic

ByBernama

MOSCOW, 6 Jan : Australia membatalkan visa pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic, lapor Sputnik memetik Perkhidmatan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan.

“Pasukan Sempadan Australia akan terus memastikan individu yang tiba di sempadan negara mematuhi undang-undang dan syarat kemasukan. ABF mengesahkan Djokovic gagal memberikan bukti yang diperlukan untuk masuk ke Australia, dan visanya terpaksa dibatalkan,” kata ABF.

Djokovic dijadual menyertai kejohanan Terbuka Australia, pada 17 Januari di Melbourne. 

Seorang penunjuk perasaan memegang papan tanda di luar Park Hotel pada 6 Januari. Hotel tersebut dipercayai menjadi tempat penginapan pemain tenis Serbia Novak Djokovic di Melbourne, Australia. Kredit: REUTERS/Sandra Sanders

“Bukan warganegara yang tidak mempunyai visa yang sah ketika masuk atau visa mereka dibatalkan akan ditahan dan dihantar pulang. ABF mengesahkan Djokovic mempunyai akses kepada telefonnya,” kata ABF.

Juara sembilan kali Terbuka Australia itu gagal melepasi kawalan pasport semasa tiba di Australia kerana kesilapan dalam pemohonan visanya. 

Seorang ahli pasukan Djokovic yang bertanggungjawab mengumpul dokumen telah membuat kesilapan dalam pemilihan jenis visa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan