Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 14 Julai -- LENGANG... Makan di premis masih tidak dibenarkan walaupun Sarawak akan beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai hari ini pada tinjauan di Medan Niaga Satok yang menempatkan deretan kedai makanan dan minuman hari ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan semalam memaklumkan berikutan terdapat Varian Delta yang merupakan varian membimbangkan (VOC) dikesan di beberapa lokasi di Sarawak, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak akan mengkaji semula serta menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sedia ada. Semalam Sarawak merekodkan 472 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kepada 69,576 kes. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Peniaga teruja kelonggaran SOP Fasa Empat PPN

KUCHING, 5 Jan : Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat , Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diberikan menyebabkan para pengusaha restoran dan kedai makan di sekitar negeri ini menarik nafas lega.

Rata-rata para peniaga yang ditemui gembira dengan pengumuman berkenaan kerana mereka kini boleh beroperasi lebih masa selepas Sarawak beralih ke Fasa Empat, PPN.

Pemilik Warong Zafron, Nurfadiellah Daud berkata, dia berharap agar peraturan di bawah PPN tidak seketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.

” Ketika itu (PKP) sangat ketat dan menjejaskan operasi perniagaan dan pendapatan.

” Oleh itu, pada tahun ini, saya berharap supaya waktu perniagaan tidak lagi dihadkan,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Nurfadiellah berkata, lanjutan operasi kedai sehingga lewat malam dapat membantu peniaga kecil seperti dia untuk mencatatkan jualan yang lebih tinggi.

Sementara itu, pemilik Fauziah Family Cafe, Abang Azrael berkata, sebelum ini dia akur apabila mematuhi peraturan di bawah Fasa Tiga PPN iaitu kedai hanya dibenarkan beroperasi hingga pukul 12 tengah malam sahaja.

” Sekarang (Fasa Empat), kedai boleh beroperasi lebih lama dan saya bersyukur kerana banyak kelonggaran diberikan,” katanya. – TVS

Tags: fasa4, PPN

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan