Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Top view shot of two industrial workers wearing reflective jackets standing on mining worksite outdoors using digital tablet, copy space

Syarikat bersekutu Advancecon dapat kontrak RM32.38 juta dari Yayasan Sarawak

KUALA LUMPUR, 4 Jan : Syarikat bersekutu 30 peratus milik Advancecon Holdings Bhd (Advancecon), Advancecon Sarawak Sdn Bhd (ASSB), telah memperoleh kontrak RM32.38 juta daripada Yayasan Sarawak untuk menjalankan kerja-kerja tanah, pembersihan tapak dan perkhidmatan lain yang berkaitan di Kuching, Sarawak.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pakar kerja-kerja tanah dan kejuruteraan awam itu berkata tempoh kontrak keseluruhan adalah 12 bulan dari tarikh pemilikan tapak.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depan kumpulan untuk tempoh kontrak, dan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar dalam kumpulan itu,” kata Advancecon.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Phum Ang Kia berkata kontrak baharu yang dimenangi itu akan memberi Advancecon satu permulaan yang hebat untuk tahun baharu dengan menambah perolehan nilai kontrak kepada lebih RM770 juta dan mengekalkan pendapatannya untuk tiga tahun akan datang.

“Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan lebih banyak projek akan ditawarkan untuk ditender di Semenanjung Malaysia.

“Kami berazam untuk mengukuhkan kedudukan kami di Sarawak dan Sabah, dan meningkatkan campuran projek daripada tender yang dimenangi bagi membina perolehan nilai kontrak untuk prospek pertumbuhan kami,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan