Search
Close this search box.

Nelayan terjatuh ke dalam Sungai Rajang ditemukan lemas

KUCHING, 4 Jan : Seorang nelayan ditemukan lemas pagi tadi, tidak jauh daripada tempat dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Rajang petang semalam.

Difahamkan, mayat Saipol Arsad, 37, ditemui pukul 10 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tanjung Manis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis, Wan Umar Wan Alek berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Saipol yang berasal dari Kampung Bukit Kinyau oleh abang mangsa, Sulaiman Arsad, petang semalam.

“Pasukan bomba dimaklumkan oleh abangnya bahawa bot yang dinaiki oleh mangsa telah melanggar jeti menyebabkan Saipol terjatuh ke dalam sungai,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab turut meninjau operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan pihak berkuasa.

Ahli Parlimen TanjungManis, Ir Yusuf Abd Wahab turut meninjau operasi mencari mangsa dan menyampaikan bantuan kepada ibu mangsa yang menunggu di jeti.

Menurut Yusuf, beliau difahamkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat.

” Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang melaksanakan operasi mencari mangsa,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan