Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak akan membuka semua sektor ekonominya bermula 15 Mei depan.
Sarawak akan membuka semua sektor ekonominya bermula 15 Mei depan.

FASA 4 PPN : Rakyat teruja, namun SOP perlu dijaga

KUCHING, 3 Jan : Orang ramai di negeri ini berasa teruja apabila Sarawak bakal beralih ke Fasa Empat, Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok.

Majoriti yang ditemui TVS berkata, ini akan membantu untuk meneruskan kehidupan dengan ‘lebih kebebasan’ setelah sekian lama tersekat berikutan situasi pandemik COVID-19.

Namun demikian, mereka bersetuju peralihan ke Fasa Empat bukanlah bermaksud Sarawak telah mencapai kemenangan mutlak menentang virus COVID-19 sebaliknya masih perlu berwaspada.

Ketua Kampung Haji Baki, Baslie Sulaiman berkata, prosedur operasi standard (SOP) tetap perlu dipatuhi.

” Kita jangan terlalu enjoy, masih perlu patuh SOP ditetapkan kerajaan dan pada pendapat saya, masih terlalu awal untuk menganjurkan acara yang melibatkan kehadiran pengunjung dalam jumlah yang ramai,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan bersetuju supaya Sarawak dan Kelantan beralih ke Fasa Empat, PPN selepas penilaian risiko semasa dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sehubungan itu, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, pengumuman SOP akan dilakukan esok oleh  Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak .

Mengulas lanjut, Baslie berkata, ini kerana virus COVID-19 masih berada dalam komuniti dan ketika ini seluruh dunia bimbang dengan kemunculan varian baharu, Omicron yang dikatakan lebih pantas merebak.

“Kita perlu berjaga – jaga, jangan terlalu ghairah,” katanya.

Sementara itu, reaksi berbeza disuarakan oleh peniaga kecil yang sudah lama terjejas ekoran pelbagai larangan yang dilaksanakan kerajaan untuk membendung penularan virus berkenaan.

Menurut peniaga roti canai, Wan Azmi Wan Nasran, peralihan Sarawak ke Fasa Empat ini adalah sesuatu yang baik untuk peniaga kecil sepertinya.

“Ini kerana tempoh beroperasi kedai makan lebih lama berbanding sebelum ini,” katanya.

Tambahnya lagi, ia boleh membantu dalam menambah pendapatan mereka.

Seorang lagi peniaga, Aysha Sheikh Ismail berkata, selama dua tahun kedainya kurang dikunjungi pengunjung.

“Saya berharap peralihan Sarawak ke Fasa Empat ini akan dapat membantu meningkatkan pendapatan jualan,” katanya. -TVS

Tags: fasa4, PPN

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan