Search
Close this search box.

Sarawak beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 3 Januari

KUCHING, 2 Jan : Sarawak beralih ke Fasa 4 , Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa pada 3 Januari 2022 ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan , prosedur operasi standard (SOP) di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak akan dikemas kini dan dimuat naik pada 4 Januari 2022. 

Sementara itu, perkembangan kes jangkitan COVID-19 di negeri ini terus menunjukkan trend menurun pada hari ini.

Berdasarkan data JPBN Sarawak, hanya sebanyak 13 kes direkodkan dengan tujuh melibatkan kategori 1 manakala enam kes bagi kategori 2, 3 dan 5. 

Jumlah itu menjadikan kes jangkitan keseluruhan sejak negeri ini dilanda pandemik meningkat kepada 252 341.

Pada hari ini juga menyaksikan tiada kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan sekaligus jumlah kematian kekal sebanyak 1,616 orang.

Sementara itu, JPBN Sarawak turut menasihatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP yang ditetapkan walaupun Sarawak berada dalam Fasa 4 PPN. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan