Search
Close this search box.

Lima lelaki mulakan tahun baharu dengan dikompaun RM1,000

SIBU, 2 Dis : Lima lelaki memulakan detik tahun baharu dengan terpaksa membayar kompaun RM1,000 setiap seorang selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 3 , Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu , Superintendan Dr. Collin Babat berkata, kesemua lelaki terbabit berusia 21 hingga 35 tahun didapati tidak mematuhi penjarakan fizikal semasa berhibur di sebuah bistro di Jalan Lau King Howe di sini pada malam ambang tahun baharu.

“Setelah anggota polis bertugas menerangkan mengenai kesalahan telah dilakukan , mereka berlima selaku Orang Kena Kompaun (OKK) memberikan alasan tidak munasabah untuk mengelakkan dikenakan kompaun,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Katanya, operasi pematuhan SOP PPN itu dilakukan di sekitar Dataran Sibu selama empat jam bermula pukul 8 malam pada 31 Disember dan berakhir pukul 1.30 pagi pada 1 Januari 2022.

“Mereka juga diarah untuk menjelaskan kompaun berkenaan dalam tempoh 14 hari di Pejabat Kesihatan Daerah Sibu sebelum 13 Januari ini,”katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, Collin memberitahu, polis juga telah menahan seorang lelaki Cina berusia 25 tahun kerana memiliki bunga api tanpa sebarang surat kebenaran di Jalan Suntong.

” Suspek telah dibawa ke balai polis bersama rampasan iaitu empat kotak mercun bunga api dan pelbagai jenis mercun yang lain,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 , Akta Bahan Letupan 1957. – TVS

Tags: PPN, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan