Search
Close this search box.

Lelaki maut kereta langgar pokok

BINTULU, 2 Jan : Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bersama empat rakan hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Tanjung Kindurong, dekat sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Vincent Tanyang Miting, 23, yang merupakan penumpang yang duduk di bahagian belakang kereta berkenaan maut di tempat kejadian.

Katanya, ketika kejadian pada pukul 4.35 petang itu, lima sekawan itu dipercayai dalam perjalanan ke pusat bandar dari arah Sungai Plan.

Kereta jenis Proton Wira yang dinaiki lima sekawan remuk teruk selepas melanggar sebatang pokok di Jalan Tanjung Kindurong petang semalam.

” Pemandu kereta jenis Proton Wira itu yang merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun pula patah tulang pinggang.

“Dua penumpang wanita yang masing – masing berusia 24 tahun turut cedera dan kini dirawat di Hospital Bintulu,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Beliau memberitahu, seorang lagi penumpang lelaki berusia 31 tahun pula tidak mengalami kecederaan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan