Pasukan wakil rakyat GPS akan ditubuh percepat pembangunan Sibu

SIBU, 25 Dis: Satu pasukan akan ditubuhkan dalam masa terdekat dianggotai wakil-wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memenangi empat daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sibu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 pada 18 Dis lepas.