Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 ditangguh seminggu – Radzi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Dis : Sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 akan ditangguh selama seminggu susulan bencana banjir, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada 9 Jan dan Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 Jan ini. 

“Sepertimana yang diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini, sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 akan bermula 2 Jan 2022 bagi Kumpulan A dan 3 Jan 2022 bagi Kumpulan B.

“Walau bagaimanapun (keputusan ini) mengambil kira situasi banjir semasa di seluruh negara yang melibatkan murid, ibu bapa, guru-guru, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“…juga melibatkan sekolah-sekolah sama ada sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) atau pun sekolah yang terjejas teruk,” katanya menerusi hantaran video di Instagram rasmi beliau. 

Radzi berkata maklumat lanjut mengenai penangguhan sesi persekolahan itu akan dimaklumkan menerusi kenyataan media dalam masa terdekat.

Beliau berkata KPM cakna kepada kebajikan guru, murid dan ibu bapa dalam konteks banjir semasa dan memaklumkan, kementerian itu memahami pihak terbabit memerlukan masa untuk kembali menyiapkan keperluan sebelum memulakan sesi persekolahan semula. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan