Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selain beberapa permukaan jalan yang tidak rata, pemanduan sejauh 750km dari Kuching ke Miri berjalan lancar.

Sarawak terima pelaburan RM23.9 bilion, kedua tertinggi di Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Dis : Sarawak muncul negeri kedua yang menerima pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi berjumlah RM23.9 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun ini, ujar Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Menerusi Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia (Januari – September) , ia turut memaklumkan Malaysia menerima keseluruhan pelaburan diluluskan berjumlah RM177.8 bilion iaitu peningkatan sebanyak 51.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sektor pembuatan menyumbang peratusan terbesar iaitu 58.4 peratus atau bersamaan RM103.9 bilion.

Kedah muncul negeri yang menerima FDI tertinggi iaitu sebanyak RM57.1 bilion, Sarawak (RM23.9 bilion), Kuala Lumpur (RM22.5 bilion) dan Pahang melengkapkan lima destinasi tertinggi dengan jumlah RM10.9 bilion.

Berhubung pelaburan di Sarawak, antara kejayaan yang dicatatkan termasuklah langkah diambil oleh syarikat elektronik Jepun, Taiyo Yuden yang mengumumkan pelaburan berjumlah RM680 juta untuk mengembangkan pengeluaran seramik multilayer di kilangnya di Kuching.

” Ini bagi memenuhi peningkatan permintaaan pelanggan mereka terhadap produk itu di ASEAN,” jelas MIDA.

Sementara itu , lima negara yang menyumbang FDI terbesar bagi tempoh berkenaan ialah Singapura, China, Australia, Jepun dan Belanda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan