Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Korban mangsa banjir 41 orang, lapan masih hilang – KPN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bencana banjir dilaporkan telah mengorbankan 41 nyawa di seluruh negara setakat ini manakala lapan orang masih hilang.

 Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan hari ini berkata Selangor melaporkan kematian tertinggi iaitu 25 mangsa, Pahang 15 mangsa dan seorang di Kelantan.

Berdasarkan pecahan, katanya, 25 mangsa di Selangor terdiri daripada 17 lelaki dan lapan wanita, Pahang melibatkan lapan lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak lelaki, manakala di Kelantan seorang lelaki.

Lapan yang masih hilang di Pahang melibatkan tujuh lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki, katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan