Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Top 10 Program TVS Paling Banyak Ditonton Di YouTube

10 program TVS yang paling banyak ditonton di YouTube

ByNurul Amarlina

Daripada program realiti kepada dokumentari mengenai komando, inilah antara program yang digemari oleh penonton TVS tatkala masa lapang mereka.

Pejam celik, pejam celik, akhirnya 2021 sudah sampai ke penghujung. TVS, stesen televisyen negeri yang pertama di Malaysia baru sahaja menyambut ulang tahun pertamanya pada tahun ini. Namun, pelbagai program telah diterbitkan untuk disajikan kepada para penonton.

Walaupun rata-rata meminati dokumentari, seperti Awang, The Iban Warrior dan Bujang Berani, namun program khas perayaan seperti TVS Gawai Special 2021 : Melissa Francis dan 餐桌上的年味 A Taste of Chinese New Year Episode 1: 客家 – 贺新年 A Prosperous New Year (Hakka) juga berjaya menarik perhatian beribu penonton. Mari kita mula dari Nombor 10…

10. TVS Gawai Special 2021 : Melissa Francis (Penonton: 14,200+)

Namanya disanjung tinggi dalam industri seni Sarawak. Melissa Francis merupakan artis dan usahawan terkenal dari Kuching, Sarawak. Dalam program khas sempena perayaan Hari Gawai ini, peminat-peminat Melissa telah menonton dan mendengar kisah di sebalik lagu garapan Melissa sendiri. Seorang yang tidak asing menerusi program-program terbitan TVS, tahun ini juga Melissa Francis dijemput menjadi penyampai berita TVS dalam segmen Inspirasi TVS.

 

9. Penjejak Iban (Iban Trackers) | Episod 1 – Bujang Berani (Penonton: 14,600+)

Bujang Berani merupakan salah satu siri dokumentari yang paling popular yang diterbitkan oleh TVS. Dokumentari ini memaparkan kisah-kisah kepahlawanan patriot Sarawak yang sanggup menggadaikan nyawa demi keamanan. Episod pertama mengenai Penjejak Iban atau Iban Trackers telah menarik perhatian lebih daripada 14,000 orang penonton.

Episod ini mungkin mampu mencatatkan jumlah penonton yang lebih tinggi, tetapi disebabkan masalah audio episod ini telah dimuat naik semula di YouTube selepas tayangan perdananya. Walaupun begitu, Episod 1 Bujang Berani masih berjaya meraih tempatnya dalam 10 Teratas.

8. Suara Wanita: Episod 2 ‘Influencer’ media sosial yang berbahasa Iban | Shirly & Nomi (Penonton: 16,700+)

Suara Wanita ialah sebuah rancangan bual bicara yang mengupas tentang topik-topik hangat dan isu semasa terutamanya berkaitan wanita yang boleh dijadikan inspirasi.

Dalam Episod 2, tetamu jemputannya ialah ‘influencer’ media sosial, Shirly dan Nomi! Duo popular ini amat terkenal terutamanya dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Mereka membincangkan pengaruh ‘influencer’ dalam masyarakat. Shirly dan Nomi juga mempunyai program mereka sendiri di TVS, iaitu Shirly VS Nomi!

7. Komando Kg Buntal | Episod 3 – Bujang Berani (Penonton: 17,800+)

Satu-satunya program TVS yang mempunyai dua episod dalam senarai ini, Bujang Berani sememangnya mendapat perhatian ramai kerana memaparkan kisah kepahlawanan anak Sarawak yang pasti ramai tidak mengetahuinya sebelum ini.

Dalam Episod 3, Bujang Berani menjejaki kisah Trooper Rasli Buang, seorang pejuang tanah air yang menerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.

6. Lee Fah Mee, A Noodle Empire | Episode 1 – Story Kuching (Penonton: 20,000+)

Pada mulanya, tiada siapa tahu tentang Lee Fah Mee. Kini, jenama ini ialah antara barang dapur yang lazim ada di rumah orang Sarawak.

Story Kuching menyingkap suka duka usahawan Sarawak ketika mereka membina empayar perniagaan mereka. Selain Lee Fah Mee, program ini juga memaparkan kisah perniagaan terkenal di Sarawak seperti Taka dan Singapore Chicken Rice.

5.餐桌上的年味 A TASTE OF CHINESE NEW YEAR Episod 1: 客家 – 贺新年 A Prosperous New Year (Hakka) (Penonton: 22,000+)

Pada hari Tahun Baru Cina, Chong Kui Jin dari Siburan menyediakan juadah tradisi Cina seperti Yong Tauhu, Ayam Kukus Masin, Sup MinSoon, dan Itik Rebus ala Hakka. Keluarga Chong mempunyai resipi khas untuk menu itik kerana mereka menggunakan gula apong Sarawak.

A Taste of Chinese New Year memaparkan menu-menu makanan Cina dari komuniti-komuniti Cina yang mungkin tidak diketahui ramai seperti Foochow, Hainan dan HinHua.

4. TVSTARZ – Bukan Dia Tapi Aku (Judika) | Fanzi Ruji TVSTARZ – NAIB JUARA (Penonton: 36,000+)

Meskipun tidak menjuarai program realiti nyanyian TVSTARZ, Fanzi Ruji dari Sabah berjaya memenangi perhatian penonton dari rumah. Fanzi sebelum ini pernah dipuji oleh Judika dengannya nyanyiannya ‘Bukan Rayuan Gombal’.

3. MUSIM KEDUA: Borak Teh C Peng Ep. 32 | Bersama Influencer, Khadra Lailati (Penonton: 45,000+)

Khadra Lailati ialah seorang influencer berhijab dan mempunyai perniagaan tudung sendiri. Beliau diundang ke Borak Teh C Peng pada bulan Mac 2021, namun sekitar Julai episod ini ‘trending’ apabila netizen mempersoalkan apakah sebenarnya peranan ‘influencer’ dalam masyarakat.

2. Awang, The Iban Warrior (Penonton: 53,000+)

Satu-satunya penerima pingat George Cross, Awang, The Iban Warrior memaparkan kisah pahlawan mendiang Datuk Awang Raweng atas baktinya menentang komunis di Malaya.

Akhir sekali, program TVS yang ditonton oleh lebih daripada 100,000 orang di saluran YouTube ialah…

1. Ikan Empurau | Episod 8 – Agritek (Penonton: 102,000+)

Agritek ialah sebuah program yang menelusuri aspirasi dan perjalanan usahawan tani Sarawak. Episod 8 memaparkan usaha pemilik Puri Johan Agro, Puan Puri Johan dalam mengusaha ikan termahal di Sarawak iaitu ikan empurau.

Pastinya ramai yang menonton ini ingin mengetahui cara-cara membiak dan memelihara ikan empurau kerana potensinya untuk menjana pendapat yang lumayan.

Itu saja rangkuman Top 10 program TVS bagi tahun 2021. Terima kasih kerana setia menonton TVS, dan diharapkan anda setia bersama kami kerana ada banyak lagi program-program menarik bagi tahun 2022.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan