Search
Close this search box.

540 pek makanan diagihkan kepada penduduk KMC

ByIsma Haziq

KUCHING, 21 Dis : Sebanyak 540 pek makanan telah diagihkan kepada penduduk Flat Lingga KMC pada hari ini melalui program pengagihan bantuan makanan.

Program agihan bantuan makanan ini merupakan anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan dengan kerjasama 38 Food Street selaku penaja utama bagi program tersebut.

Dalam program tersebut, acara simbolik penyerahan disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng.

“Bantuan makanan ini mengubah tahap kewangan kami kerana mungkin dalam tempoh sebulan ini, kami tidak perlu membeli makanan asas yang lain seperti nasi dan beras”, kata Nagi Chi yang merupakan salah seorang penerima bantuan makanan.

“Dengan adanya bantuan ini, kami dapat berjimat dan duit belanja yang ada buat masa ini kami boleh gunakan untuk keperluan lain”, kata Erizabeth Wee yang juga penerima bantuan makanan.

Menurut wakil Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan, Tung Siok Eng, program pengagihan bantuan ini telah dilaksanakan sejak beberapa bulan yang lalu iaitu bermula Jun hingga sekarang.

Tambahnya lagi, pihak 38 Food Street memberi peluang kepada mereka untuk menganjurkan program ini demi masyarakat yang memerlukan bantuan makanan ketika musim pandemik ini.

Dato Sim Kiang Chiok, yang merupakan Penasihat Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan, turut hadir di acara tersebut. – TVS

Kakitangan 38 Street Food membantu penerima mengangkat pek makanan.
Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan